1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Hari kedua WE2025: Future in Motion -- Women in Trade, Investment and Leadership diteruskan dengan keterlbatan Malaysia dan Kosovo dalam menumpukan peluang untuk menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terus menggalakkan syarikat tempatan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) beralih kepada teknologi pintar serta automasi bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing yang menyumbang kepada penghasilan nilai tambah lebih tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Tan Sri Francis Yeoh menerima anugerah Tokoh ASEAN Tahun 2025 – Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Asian Business Awards 2025 ke-26 di London, kata Asian Media Group United Kingdom (UK).
1bulan ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Malls melancarkan kempen akhir tahun bertemakan Cozy Cozy Christmas, yang menampilkan pemasangan hiasan imersif, bengkel kreatif dan aktiviti berfokuskan komuniti di semua pusat beli-belah mereka di seluruh negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak lebih 48,000 permohonan diterima sehingga 31 Ogos lepas, merentas 12 inisiatif di bawah Pelan Tindakan KL20, dengan lebih 46,000 penerima manfaat, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meraih jualan berjumlah RM432.18 juta di pameran Saudi Build 2025 ke-35 merangkumi RM251.26 juta daripada Pavilion Malaysia dan RM180.92 juta daripada sesi pemadanan perniagaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta semua agensi relevan sewajarnya meningkatkan pembiayaan penyelidikan strategik untuk memangkin kejayaan penemuan saintifik dan teknologi bertaraf dunia.
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
NAIROBI (Kenya), 25 Nov (Bernama) - Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di Afrika mencerminkan komitmen Putrajaya untuk memperkukuh hubungan dengan Selatan Global serta meletakkan Malaysia secara strategik sebagai rakan dipercayai dalam dunia yang semakin multipolar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menerajui Pavilion Malaysia di Vietnam Expo 2025 ke-23 yang akan diadakan dari 4 hingga 6 Dis, 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Ho Chi Minh, Vietnam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penggubal dasar ASEAN+3 sedang meneroka kaedah untuk menggerakkan simpanan serantau, satu langkah yang dilihat semakin penting memandangkan rantau ini berdepan dengan keperluan peningkatan pembiayaan yang besar, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Marzunisham Omar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 menunjukkan daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan di tengah-tengah perpecahan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.