3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kelewatan dalam pengeluaran pesawat dan alat ganti baharu dianggarkan menelan kos melebihi US$11 bilion (US$1=RM4.22) kepada industri penerbangan pada 2025, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring prestasi suram bursa serantau berikutan sentimen pasaran terjejas akibat ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan ketara, terutamanya sektor kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi selain kesan prestasi Wall Street yang suram.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).
3bulan ago
NILAI, 12 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), pengeluar motosikal nasional yang juga pemasang tempatan jenama motosikal Kawasaki dari Jepun, bekerjasama dengan Sendayan Motor Sdn Bhd bagi pembukaan pusat Kawasaki All Star 4S (Jualan, Alat Ganti, Pameran dan Servis) di sini, hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) menyifatkan cukai karbon yang diperkenalkan kerajaan melalui Belanjawan 2026 sebagai pemacu utama bagi mempercepat penyahkarbonan, khususnya menerusi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat lebih rendah susulan sentimen berhati-hati di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang suram, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.69 trilion atau 84.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2025 berbanding RM1.63 trilion atau 84.5 peratus pada akhir Disember 2024, kata Kementerian Kewangan hari ini.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis apabila pelabur menunjukkan keyakinan menjelang pembentangan Belanjawan 2026, kata penganalisis.
3bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Kepakaran Finland dalam menukar sisa kepada tenaga dan kapasiti penyimpanan karbon sedia ada di Malaysia membuka peluang untuk pertukaran pengetahuan dalam pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), membantu kedua-dua negara menuju ke arah neutral karbon.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan AA-IS untuk program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Orkim Bhd sehingga RM1 bilion dan menyemak semula prospek penarafan daripada stabil kepada positif.