BERITA TERKINI   Kadar sewa tapak bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL diturunkan daripada RM500 kepada RM400 - Hannah | Jemaah Menteri larang tindakan jadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste - PM Anwar | Kerajaan MADANI beri laluan penuh kepada pihak berkuasa banteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa - PM Anwar | Isu ladang ternakan babi: PM Anwar harap projek dibatalkan dahulu, pertimbang kawasan baharu yang lebih baik | Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | 

Terdapat 1354 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluaran "

Pecca Sasar Status Pembekal Tahap-1 Dengan Kilang Pemasangan Baharu Tahun Depan

PETALING JAYA, 20 Nov  (Bernama) -- Pengeluar upholsteri kulit automotif Pecca Group Bhd (PGB) sedang berusaha mencapai matlamatnya memiliki status pembekal Tahap-1 pada 2026, susulan pelancaran barisan pemasangan tempat duduk penuh yang dirancang awal tahun depan. 

Harga MSM Dijangka Naik Kepada RM4,500 Satu Tan Menjelang Musim Perayaan Akan Datang

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mendapat sokongan kukuh pada paras RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada Disember 2025 dan berpotensi meningkat kepada sekitar RM4,500 satu tan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik, sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.

Malaysia, Ethiopia Perlu Permudah Dan Percepat Kerjasama Ekonomi - PM Anwar

Daripada Saraswathi Muniappan

ADDIS ABABA (Ethiopia), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.

Malaysia Fokus Minyak Sawit Mampan, Hormati Dasar Tanah Indonesia Berkaitan Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia memberi keutamaan kepada peningkatan hasil minyak sawit seiring pengeluaran mampan dan menghormati langkah yang diambil Indonesia berhubung tanah yang dikaitkan dengan perladangan kelapa sawit.

PTM Labur RM2.6 Bilion Bina Kilang Pengeluaran Tayar Mesra Alam Di Kedah Rubber City

ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) akan melaksanakan pelaburan kumulatif berjumlah RM2.6 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk membangunkan sebuah kilang pengeluaran tayar pintar dan mesra alam di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, dekat sini.

Untung Bersih TH Plantations Naik Kepada RM31.6 Juta Susulan Harga Produk Sawit Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM31.60 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM21.55 juta dalam tempoh sama tahun lepas. 

Malaysia Di Landasan Betul Untuk Capai Paras Tinggi Sasaran Pertumbuhan 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah dagangan yang agak berwaspada, walaupun harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) melonjak, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Petronas Isytihar Projek Gas Asli Di Suriname Berdaya Maju Sebagai Komersial

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan bahawa projek gas asli di Suriname dianggap berdaya maju secara komersial.

BNM Jangka Pertumbuhan KDNK 2025 Berada Pada Jajaran Atas Julat Unjuran

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.