8bulan ago
PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street berikutan sentimen pelabur bertambah baik kerana menjangkakan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan reda dan lebih banyak kenyataan positif daripda Presiden AS Donald Trump.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar US (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan bermulanya aktiviti pengambilan untung selepas komoditi itu melambung ke paras tertinggi semalam, di tengah-tengah harapan ketegangan tarif AS-China akan menurun.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada prestasi lemah semalam untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya, hari ini, didorong oleh pemburuan saham berharga rendah, terutamanya dalam teknologi, tenaga, pembinaan dan saham pengguna.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman ketika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China diharap semakin reda.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring prestasi hambar semalaman Wall Street ketika pertikaman lidah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mencetuskan kebimbangan pelabur di tengah-tengah perang dagangan yang meruncing.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga awal hari ini ketika unit tempatan itu dijangkakan cuba melepasi paras sokongan segera pada 4.36.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh hampir enam bulan berbanding dolar AS pada sesi penutup hari ini mencecah paras 4.36 di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah kerana pelabur mengambil keuntungan berikutan ketegangan perang perdagangan yang semakin meningkat.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, walaupun pasaran emas global menyusut di tengah-tengah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengukuh terhadap bon AS, kata penganalisis.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, April 17 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati dalam keadaan ketidaktpastian ekonomi yang berterusan berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).