2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Menteri luar dan perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan membincangkan mengenai isu geopolitik dan perdagangan serta hala tujunya hari ini menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 pada Jumaat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Itali sepakat dalam usaha mempercepat serta memuktamadkan kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan syarikat tenaga Itali, Eni S.p.A (ENI) dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 29 Okt (Bernama) -- Pemuktamadan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan mampu menjadi pemangkin untuk lebih banyak FTA ditandatangani dalam kalangan negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semasa Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) APEC di sini.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Perjanjian yang dimeterai di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lepas berpotensi meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak 0.5 hingga 0.7 mata peratus setiap tahun sehingga 2030, menurut penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengenalan status ASEAN Business Entity (ABE) berpotensi mewujudkan lebih banyak syarikat multinasional (MNC) ASEAN yang dapat meningkatkan peluang pasaran di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Isu industri semikonduktor dijangka diberi perhatian utama semasa kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di sini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) memberi isyarat positif kepada para pelabur bahawa AS masih menganggap hubungan dengan ASEAN sebagai sesuatu yang penting.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM6.05 bilion, mengatasi RM4.3 bilion tahun lepas dengan peningkatan 40.7 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd meneruskan sokongannya terhadap acara industri pembinaan terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia iaitu Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Eversendai Offshore telah memulakan kerja-kerja fabrikasi bagi projek LanWin2 yang diperoleh sebelum ini daripada Dragados Offshore, Sepanyol, bersama-sama dengan projek BalWin3 dan LanWin4.