Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian " sinergi"

Sarawak Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Affin Bank

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sarawak melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bhd, telah memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd.

Petronas, Mitsubishi Meterai Perjanjian Baharu Penghantaran LNG

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mitsubishi Corporation menandatangani perjanjian baharu untuk memanfaatkan lagi keupayaan Petronas dalam menghantar gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa, terutama sasaran pelanggan di Jepun.

500 Syarikat China Dijangka Sertai Sidang Kemuncak Malaysia-China Disember Ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) pada Disember ini, dijangka menarik penyertaan 500 syarikat China yang mahu menjalin kerjasama perdagangan dan pelaburan baharu dengan rakan di negara ini.

Ringgit Mengukuh Susulan Penurunan Kadar AS, Prospek Positif Ekonomi Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

AAX Keluar Pekeliling Cadangan Pengambilalihan Bernilai RM6.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).

Capital A Adakan EGM Pada 14 Okt, 2024 Untuk Pelupusan Perniagaan Penerbangan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Capital A Bhd akan mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 14 Okt, 2024 bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk pelupusan perniagan penerbangannya kepada AirAsia X (AAX).

Perkongsian Strategik Komprehensif Pacu Pertumbuhan Perdagangan Malaysia-India

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.

15 Syarikat Malaysia Buat Penampilan Sulung Di Index Saudi Arabia 2024 - Matrade

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang menyelaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia untuk muncul kali pertama di INDEX Saudi Arabia 2024 dari 17-19 September, 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Riyadh Front.