1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 18 Jan (Bernama) – Malaysia boleh menjangkakan peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan United Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
1tahun ago
LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula dan dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) meluluskan pengeluaran lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Bhd, usaha sama antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Ltd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- FBM KLCI kembali pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, dipacu oleh belian pada harga rendah saham perbankan dan telekomunikasi, meskipun prestasi lemah dalam bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pelaburan NVIDIA yang signifikan di Malaysia adalah relevan kepada negara memandangkan syarikat itu memberi tumpuan kepada seni bina cip khusus, ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan cip global, kata seorang pakar.