Terdapat 2722 berita berdasarkan kata kunci carian "kepentingan"

Malaysia Catat Kemajuan Ketara Dalam Siasatan Pengubahan Wang Haram 1MDB - Watchdog

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Siasatan pengubahan wang haram yang rumit berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan satu pencapaian penting dan menunjukkan peningkatan penyelarasan antara pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA), Bank Negara Malaysia (BNM), Unit Perisikan Kewangan (FIU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

805,509 OKU Berdaftar Di Malaysia Pada 2024, Mewakili 2.4 Peratus Penduduk - DOSM

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia merekodkan sejumlah 805,509 orang kurang upaya (OKU) berdaftar pada 2024, mewakili 2.4 peratus daripada jumlah penduduk negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Orang Kurang Upaya Malaysia 2024, yang diterbitkan hari ini.

AS Tidak Bangkitkan Isu Hak Bumiputera Dalam Pemeteraian ART - Liew

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) tidak pernah menuntut atau membangkitkan isu hak bumiputera sebagai satu daripada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia-AS, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Sektor Minyak Sawit Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Sertai Pasaran Karbon -- Johari

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit berada pada kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran karbon, selepas menerapkan amalan kemampanan dan ekonomi kitaran merentasi rantaian nilainya, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani

MEF Sokong Pelaporan Data Kekosongan Jawatan Eis, Gesa Pelaksanaan Lebih Praktikal

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengukuhkan pelaporan kekosongan di bawah Seksyen 45F Akta Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) adalah sejajar dengan amalan antarabangsa, tetapi ia memerlukan pelaksanaan yang praktikal, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Khamis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan peningkatan 13 peratus dalam tahap stok bagi November 2025 berbanding Oktober 2025.

Malaysia, Rusia Sedang Teroka Kerjasama Di Bawah Program Tenaga Nuklear Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.

Chin Hin Lupus 44.12 Juta Saham Signature International Menerusi Transaksi Luar Pasaran

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Chin Hin Group Bhd melupuskan 44.12 juta saham biasa dalam anak syarikatnya, Signature International Bhd (SIB) pada harga purata RM1.36 sesaham dengan jumlah pertimbangan kira-kira RM59.99 juta. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, apabila pelabur menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Rabu.