2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, dipacu oleh sentimen optimis membabitkan Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung dan terbukti memacu keyakinan terhadap kerjasama ekonomi serantau selain seiring prestasi pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen pelabur yang positif susulan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang bersejarah yang dimeterai semalam antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi secara menyeluruh dan keyakinan yang berterusan berikutan prestasi positif di Wall Street pada Jumaat lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan State Grid Corporation of China (SGCC) yang juga syarikat utiliti awam terbesar dunia yang diwakili oleh anak syarikat milik penuhnya, China Electric Power Equipment and Technology Co Ltd (CET).
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, apabila aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan merangsang sentimen menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini namun kemudiannya meningkat sedikit, didorong oleh minat belian terutama dalam kaunter perladangan dan pembinaan.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa berikutan bursa tempatan menjejaki trend meningkat pasaran serantau dan global sehari selepas cuti umum Hari Deepavali.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi kerana para pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang positif susulan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah reda serta keyakinan terhadap penutupan kerajaan AS yang dijangka akan berakhir.