1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan potensi ekonomi negara sepenuhnya dan mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara, kata badan pemikir pengangkutan, My Mobility Vision.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih bagi suku ketiga 2024 TH Plantations Bhd (THP) melonjak kepada RM21.55 juta daripada RM17.55 juta tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” yang julung kali diadakan bermula hari ini adalah tindakan susulan yang pantas daripada Rusia berikutan lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vladivostok, Rusia pada September.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM122.08 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM32.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MISC Bhd dan Gentari Sdn Bhd menjalinkan perkongsian untuk meneroka pembangunan penyelesaian pengangkutan dan apungan bersepadu bagi ammonia bersih, dengan tarikh siap disasarkan pada seawal 2027.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Syarikat infrastruktur telekomunikasi EdgePoint Towers Sdn Bhd dijangka mencatatkan pertumbuhan antara 20 hingga 30 peratus tapak menara telekomunikasi baharu di Malaysia susulan jalinan kerjasama baharu syarikat itu dengan penyedia rangkaian mudah alih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Muniff Kamaruddin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk aluminium, Winstar Capital Bhd (Winstar Capital) yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 19 Dis, 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd susut kepada RM69.17 juta menjelang suku pertama berakhir 30 Sept 2024 daripada RM174.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk insurans kesihatan peribadi di ASEAN terutamanya selepas pandemik COVID-19, kata Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah diberi penghormatan melalui 'Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Sedunia' yang julung kali diadakan pada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) 2024 yang berprestij di London, United Kingdom (UK) pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Topvision Eye Specialist Bhd (Topvision) yang akan memindahkan penyenaraiannya dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).