Terdapat 2616 berita berdasarkan kata kunci carian " pengguna"

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 20.8 Peratus Pada Januari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal dagangan pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas beberapa hari mencatatkan penjualan.

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Data Inflasi AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan pelabur berhati-hati sebelum data inflasi AS dikeluarkan lewat malam ini dan dalam keadaan perang perdagangan global yang semakin meningkat.

FBM KLCI Teruskan Penurunan Dalam Persekitaran Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan penurunan, melepasi paras sokongan 1,490-1,500, didorong oleh kebimbangan pelabur yang meningkat terhadap kesan potensi pertikaian perdagangan global yang semakin memuncak.

Awantec Memperkasa Profesional Dengan Kemahiran Dipacu AI Melalui Program Latihan AI Gemini

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec), melalui anak syarikatnya Awantec Systems Sdn Bhd melancarkan Program Latihan AI Gemini untuk melengkapkan ahli profesional dan perniagaan dengan kemahiran produktiviti yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan di tempat kerja.

Penggunaan Kad Kredit Meningkat, Pengurusan Kewangan Penting Untuk Tempoh Jangka Panjang - Experian

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd mendapati perubahan ketara dalam tabiat perbelanjaan kad kredit, lebih 15 peratus individu kini menggunakan sebanyak 75 peratus atau lebih had kad kredit mereka berbanding 2023.

Pelaburan Pusat Data Malaysia Dijangka Meningkat Meskipun Terdapat Risiko Luaran

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Prospek bagi pelaburan infrastruktur pusat data di Malaysia kekal teguh dan dijangka meningkat pada suku akan datang walaupun berdepan cabaran luaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Perdagangan Borong, Runcit Catat Pertumbuhan 4.6 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM148.9 Bilion Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia memulakan 2025 dengan jumlah jualan RM148.9 bilion pada Januari, merekodkan pertumbuhan 4.6 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

SME Bank Unjur Pertumbuhan Malaysia Pada 4.5-5.0 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan dalam julat 4.5-5.0 peratus yang memaparkan sentimen positif ekonomi secara keseluruhan, kata Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank).

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) jatuh kepada 103.419 mata daripada 103.900 mata sebelum ini.