1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) esok.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan promosi bagi menarik minat pelabur untuk melabur dan mendirikan kilang di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) dan Taman Teknologi Bandar Casia (BCTP), di Batu Kawan.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang menyelaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia untuk muncul kali pertama di INDEX Saudi Arabia 2024 dari 17-19 September, 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Riyadh Front.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.
1tahun ago
KANGAR, 13 Sept (Bernama) -- Perlis, terutamanya Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dijangka menerima beberapa pelaburan baharu dari China, kata Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kedah dan Perlis Mohd Rushdan Mohd Ghazali.