8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM101.03 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 daripada kerugian bersih RM49.34 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk aluminium, Winstar Capital Bhd (Winstar Capital) yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 19 Dis, 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia kini mendahului dari segi pasaran tawaran awam awal (IPO) di rantau ini, dengan pertambahan penyertaan pelabur institusi dan pelabur runcit, mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap pasaran modal.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berdaya tahan menghampiri paras 1,600, mengambil petunjuk daripada rekod penutupan Wall Street berikutan pencalonan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang baharu.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi hari ini, berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd susut kepada RM69.17 juta menjelang suku pertama berakhir 30 Sept 2024 daripada RM174.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) naik kepada RM335.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM184.72 juta dalam tempoh sama pada 2023 dipacu oleh margin kukuh.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan aliran penurunan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).