1tahun ago
LABUAN, 23 Sept (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dinobatkan sebagai Bidang Kuasa Antarabangsa Terbaik bagi Perbankan dan Kewangan Islam 2024 di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) ke-14, baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- SME Bank Malaysia Bhd, melalui program eksport perniagaan (BEP) telah menjana jualan eksport tambahan lebih RM74 juta setakat 31 Ogos 2024, dengan 65 peratus syarikat memasuki pasaran eksport baharu.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 yang berprestij kembali tahun ini dengan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian untuk mengiktiraf usaha menerima pakai amalan mampan dalam industri Halal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Mycron Steel Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan pengeluar keluli Jepun JFE Steel Corporation bagi memacu penggunaan penyelesaian keluli hijau di Malaysia.
1tahun ago
Oleh Vijian Paramasivam
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah memberi impak besar terhadap ringgit Malaysia, terutama dari segi anjakan dinamik mata wang di serata rantau ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.