24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holdings Bhd, CBH Engineering Sdn Bhd telah menerima dua surat anugerah (LOA) daripada sebuah syarikat untuk pembangunan stesen pendaratan yang bernilai RM130 juta di pusat data.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) memproses permohonan pengeluaran modal syer berjumlah RM909.85 juta bagi tempoh 2020 hingga 2025 dengan bayaran penuh RM543.6 juta bagi tahun 2020 hingga 2023.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun kenaikan di pasaran tunai pendasar.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2026, bagi cuti Tahun Baharu.
24hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan serantau yang tidak menentu dalam persekitaran harga minyak mentah yang rendah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- RHB Banking Group merancang untuk menambah baik kad debit pelbagai mata wangnya dengan menambah dua atau tiga lagi mata wang asing menjelang suku kedua 2026, kata ketua kewangan penggunanya, Sien Vee Loc.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dijangka sederhana kepada 4.2 peratus daripada anggaran sebanyak 4.8 peratus pada 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Selasa.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd memperoleh dua kontrak pembinaan daripada UDA Land (South) Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai RM82.72 juta.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran.