BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 356 berita berdasarkan kata kunci carian " 2022"

Alliance Bank Hampir Capai Sasaran Pinjaman Kemampanan Baharu RM15 Bilion, Dorong ESG PKS

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd kini hampir mencapai RM15 bilion bagi perniagaan perbankan mampan baharu untuk projek hijau sekali gus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang tahun kewangan sasaran 2027.

Simpanan Konsisten Bantu Mudahkan Urusan Tunai Haji

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pengumuman agihan keuntungan tahun 2024 oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini seakan menyalakan keceriaan terutamanya buat pendeposit tatkala sambutan Aidilfitri menjelang tiba.

Muhibbah Unit Peroleh 12.52 Juta Saham Master-pack Group Pada RM54.65 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Muhibbah Engineering (M) Bhd (MEB), ITS Konsortium Sdn Bhd (ITSK) memperoleh 12.52 juta saham biasa dalam Master-Pack Group Bhd (MPGB) pada harga RM54.65 juta.

Malakoff Peroleh Kontrak Tenaga Solar Fasa Dua Daripada Northport

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malakoff Radiance Sdn Bhd, cabang bahagian solar Malakoff Corp Bhd memperoleh kontrak tenaga solar fasa kedua daripada Northport (Malaysia) Bhd.

Bursa Malaysia Lantik Abdul Farid Alias Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 1 Mei

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Farid Alias ​​sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Dividen LTAT 5.25 Peratus Libatkan RM514.20 Juta, Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen lima peratus dan bonus 0.25 peratus bagi tahun 2024 -- tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Dewan Negara Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Operasi Institusi Kewangan Kekal Berdaya Tahan – BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.

Kadar Kelulusan Lebih Tinggi, Pembiayaan IKP Beri Manfaat Kepada Lebih 14,000 Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 14,000 perniagaan dapat mengembangkan operasi masing-masing seperti yang dibuktikan oleh perolehan jualan dan pengembangan perniagaan yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan pembiayaan terkumpul di bawah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP).

Pembiayaan Islam Naik Kepada RM1.13 Bilion, Pertumbuhan Takaful Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.

Transaksi Penipuan Sebanyak RM399 Juta Berjaya Dihalang Pada 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan berjaya menghalang percubaan transaksi penipuan bernilai lebih daripada RM399 juta pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Penggiat OGSE Malaysia Perlu Manfaatkan Kepakaran Peralihan Tenaga Bagi Jangkau Pasaran Pengguna

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penggiat tempatan dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu memanfaatkan kepakaran peralihan tenaga untuk menjangkau pasaran pengguna hiliran, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.