Terdapat 236 berita berdasarkan kata kunci carian " eksport malaysia"

Harga Eksport Malaysia Naik 0.1 Peratus, Harga Import Meningkat 0.3 Peratus Pada Februari

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada Februari 2025 naik 0.1 peratus daripada 151.2 mata pada bulan sebelumnya manakala indeks nilai seunit import juga meningkat 0.3 peratus kepada 128.1 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengenalan Tarif AS Terhadap Mexico, Kanada Dan China Mampu Tingkatkan Eksport Malaysia - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pengenalan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico, Kanada dan China boleh membuka peluang kepada pengeksport Malaysia meningkatkan pengeluaran dan menggandakan eksport mereka ke AS.

Akaun Semasa Dijangka Kekal Berdaya Tahan, Disokong Kekukuhan Eksport Pengilangan - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka akaun semasa negara kekal berdaya tahan dalam jangka sederhana, disokong oleh kekukuhan Malaysia yang berterusan dalam eksport pengilangan.

Ringgit Dijangka Didagang Dalam Julat 4.42 Hingga 4.45 Berbanding Dolar US Miggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.45 berbanding dolar US minggu depan dengan turun naik jangka pendek bergantung kepada dinamik pasaran yang lebih luas.

Kenanga Jangka Perdagangan Luar Malaysia Kekal Lima Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan kekal pada kadar lima peratus pada 2025, didorong oleh permintaan teknologi global dan faktor lain, meskipun prestasi Februari lebih perlahan daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Mendatar

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Malaysia Terus Pantau Situasi Perdagangan Global, Nilai Implikasi Ke Atas Ekonomi Negara - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Kerajaan Perkukuh Usaha Pastikan Malaysia Diiktiraf Destinasi Pelaburan, Rakan Dagang Dipercayai

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk memastikan Malaysia terus diiktiraf sebagai destinasi pelaburan serta rakan dagang yang boleh dipercayai kepada pelabur asing dari serata dunia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MATRADE Akan Perkenal Perdagangan Digital MADANI, Hubungkan Perniagaan Dengan Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersedia untuk melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), pameran maya bersepadu, pada 13 Mac, 2025, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

MIFF Pacu Pertumbuhan Industri Perabot Malaysia - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ekonomi Malaysia Perlihat Daya Tahan Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang betul untuk melancarkan potensinya memandangkan ekonomi kekal pada trajektori yang stabil, disokong oleh pembaharuan kerajaan dan asas-asas ekonomi yang kukuh, menurut ahli ekonomi ASEAN HSBC Yun Liu.