BERITA TERKINI   Malaysia sokong segala usaha ke arah perdamaian dan penyelesaian konflik Iran-Israel - Anwar | Anwar, Prabowo setuju adakan pertemuan dalam masa terdekat, perkasa hubungan dua hala  | 

Terdapat 1017 berita berdasarkan kata kunci carian " februari"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh jangkaan pengeluaran lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang pedagang.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan Comex AS

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Comex AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Emas Boleh Langkau RM700 Segram Di Malaysia Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas Malaysia berada di landasan untuk melepasi RM700 segram pada masa hadapan berikutan pengukuhan ringgit dan dolar US yang semakin melemah, menurut seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Hampir Pada Paras Tertinggi Lebih Tujuh Tahun Didorong OPR Dikekalkan

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berikutan kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM3,800-RM3,900 Satu Tan Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3,800 hingga RM3,900 satu tan minggu depan, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Bagi Tiga Hari Berturut-turut

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Mengakhiri Kenaikan Tiga Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan rekod kenaikan tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi, Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan prestasi di pasaran tunai.