BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | 

Terdapat 177 berita berdasarkan kata kunci carian " pembangunan bakat"

Invest Selangor Sasar 10 Syarikat Sertai Program Perkongsian Makmalnya Menjelang Akhir 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan sebanyak 10 syarikat berasaskan sains hayat menyertai Program Perkongsian Makmal Selangor menjelang akhir tahun ini.

Belanjawan 2025: - Sokongan Ke Atas Sektor OGSE Akan Melonjakkan Pertumbuhan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yakin Belanjawan 2025 akan mewujudkan persekitaran yang menyokong sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk meneruskan trajektori pertumbuhan selepas pulih daripada tahun-tahun mencabar sebelum ini.

Sarawak Meterai MoU Dengan MEASAT Pacu Kemajuan Industri Angkasa Lepas

KUCHING, 15 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan penyedia penyelesaian satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd (MEASAT), dalam usaha meningkatkan pembangunan industri angkasa lepas Sarawak.

MIDA Jalinkan Pelabur Dengan Bakat Tempatan Menerusi Laluan Inovatif - Ceo

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang giat memetakan laluan inovatif dan strategik, menghubungkan pelabur serta peserta industri dengan bakat tempatan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.

Pendedahan Global Diperlukan Untuk Tingkatkan Syarikat Teknologi Tempatan - MDEC

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

DUBAI, 13 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menekankan kepentingan mendedahkan syarikat teknologi digital tempatan kepada amalan terbaik antarabangsa untuk membantu mereka berkembang melangkaui pasaran Malaysia, menarik pelaburan asing dan memupuk bakat (pekerja berkemahiran).

Tingkat Pelaburan Dalam AI, Pembangunan Kemahiran Dalam Belanjawan 2025 - Learning Edge

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.

Crest Group Mohon Sokongan Kerajaan Bangunkan Bakat Semikonduktor Dalam Belanjawan 2025 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Crest Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE, menggesa kerajaan supaya mengutamakan pembangunan bakat dan menarik pelaburan asing bagi meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dalam Belanjawan 2025 akan datang.

Sektor GBS Malaysia Perlu Tumpu Impak Digital, Pembangunan Bakat Bagi Kekalkan Kelebihan Daya Saingnya

PETALING JAYA, 6 Okt (Bernama) -- Walaupun Malaysia berada di kedudukan antara tiga hab perkhidmatan perniagaan global (GBS) terbaik dunia, didorong terutamanya oleh kelebihan dari segi kos, negara juga perlu memberi lebih penekanan kepada impak digital dan pembangunan bakat untuk mengekalkan kelebihan daya saingnya.

Pulau Pinang Perkenal Subsidi Sehingga RM2 Juta Untuk Syarikat Pereka Litar Bersepadu - Chow

GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan skim pakej insentif yang menawarkan subsidi sehingga RM2 juta setiap tahun dalam tempoh tiga tahun bagi menarik dan menyokong lebih ramai peserta litar bersepadu (IC) menubuhkan dan mengembangkan operasi mereka di negeri itu.