2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Nov (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dalam mineral kritikal membuka pintu kepada kemasukan pelaburan dan teknologi AS yang baharu serta pembangunan keupayaan unsur nadir bumi (REE) hiliran daripada pengekstrakan dan pemisahan kepada pembuatan termaju.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia baru-baru ini telah menyemarakkan semula hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, meletakkan asas yang lebih kukuh untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan teknologi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 November, disokong oleh petunjuk makroekonomi yang kukuh.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Kemajuan ketara kerjasama Nvidia Corporation-YTL Power International Bhd dalam membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) merupakan dorongan untuk mempercepatkan inisiatif AI negara demi manfaat semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia-Pasifik menyaksikan permintaan kargo udara tumbuh 6.8 peratus bagi tahun ke tahun pada September 2025, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
2bulan ago
Oleh Syarifah Hunaini Syed Ismail
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Sokongan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva terhadap usaha Malaysia untuk menyertai perkumpulan BRICS sebagai anggota penuh menandakan satu pencapaian penting diplomatik dan titik perubahan dalam penglibatan ekonomi global negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatat penurunan kecil 0.8 peratus pada September 2025, berkurangan daripada penurunan 2.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) -- OTS Holdings Ltd, pembina jenama dan kumpulan pengeluar makanan mengembangkan kapasiti pengeluaran halal mereka dengan membuka kemudahan pembuatan makanan termaju yang baharu bernilai RM40 juta di Simpang Renggam, Johor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.
2bulan ago
OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengalu-alukan pengecualian tarif yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk produk terpilih Malaysia termasuk minyak sawit di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang baru dimeterai.