2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, Silicon X Sdn Bhd mencatat pencapaian penting dalam industri semikonduktor negara dengan kejayaan ujian operasi pertama cip Field Programmable Gate Array (FPGA), sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah merealisasikan aspirasi berteknologi tinggi Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan 88.08 peratus berikutan penyiapan Segmen C1B, yang menandakan kejayaan fasa awal kerja-kerja awam di sepanjang penjajaran dari Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk menempatkan dirinya sebagai hab global bagi industri semikonduktor, selaras dengan matlamat strategik kerajaan untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan termaju.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) - Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menghidupkan semula pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk memanfaatkan peluang perdagangan rentas sempadan di rantau ini selain mengukuhkan kedudukannya sebagai negara dagang utama.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan ketelusan data dalam pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), memperkukuh mekanisme tadbir urus bagi melonjakkan keyakinan pelabur, serta melabur dalam modal insan supaya tenaga kerja bersedia menggunakan teknologi tenaga masa depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang melaksanakan kajian menyeluruh bagi menggubal Akta Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang baharu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 akan terus memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dengan menggalakkan penggunaan sistem pembayaran Kod Respons Pantas (QR) dan pindahan tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memperoleh pembiayaan berjumlah RM1 bilion daripada HSBC Amanah Malaysia Bhd bagi menawarkan pembiayaan perumahan khusus untuk penjawat awam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mengalu-alukan penjelasan kerajaan bahawa kedua-dua sistem penyampaian perumahan iaitu "bina kemudian jual" (BTS) dan "jual kemudian bina" (STB) kekal tidak berubah.
2bulan ago
PETALING JAYA, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar kuota tambahan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing sepenuh masa dalam tempoh terdekat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.