BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 daripada 1.4 peratus pada November 2025 - DoSM | ASEAN, China, AS, Taiwan, EU merupakan rakan dagang utama Malaysia pada 2025, menyumbang 70.2 peratus daripada jumlah perdagangan - MATRADE | Eksport Malaysia mencatat paras tertinggi RM1.607 trilion pada 2025, import naik kepada RM1.455 trilion, menjana lebihan dagangan RM151.8 bilion - MATRADE | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM3.061 trilion pada 2025, mengatasi RM3 trilion buat kali pertama - MATRADE | KTMB tawar perkhidmatan Komuter percuma ke Batu Caves selama dua hari sempena Thaipusam - Loke | 

Terdapat 3246 berita berdasarkan kata kunci carian " perdagangan "

WE2025: Future In Motion Lepasi Sasaran Dengan Potensi Perdagangan, Pelaburan RM109 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Sidang kemuncak kepimpinan dan pemerkasaan ekonomi berfokuskan wanita terulung di Malaysia, WE2025 Future in Motion yang diadakan dari 25 hingga 27 November mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM109 juta, melepasi sasaran awal RM100 juta.

Malaysia Beri Penerangan Kepada China Mengenai Perjanjian ART Malaysia-AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia telah menghantar satu delegasi ke China untuk memberi penerangan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Sasar Capai 35 Peratus Tenaga Kerja Mahir - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir dan pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.6 peratus menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh daya saing negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kepimpinan, Dedikasi Pacu Daya Saing Perdagangan Malaysia Antara Legasi Tengku Zafrul

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menamatkan tugas menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 2 Dis, 2025, tidak hanya meninggalkan legasi dalam bentuk semangat berterusan bagi memacu daya saing global Malaysia, malah turut memaparkan kepimpinan cemerlang dalam membantu mengurangkan kadar tarif dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Komited Lindungi Biodiversiti, Perkukuh Kerjasama Antarabangsa

PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia komited untuk terus melindungi biodiversiti, memperkukuh kerjasama antarabangsa serta memastikan perdagangan hidupan liar diurus secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan kepentingan nasional.

Pembukaan Pejabat Tencent Di KL Perkukuh Kedudukan Negara Sebagai Hab Teknologi Serantau

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pembukaan pejabat baharu syarikat konglomerat teknologi China, Tencent Holdings Ltd di Malaysia memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi serantau yang sedang pesat membangun, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Syarikat Malaysia Antara Paling Optimis Di Dunia Terhadap Pertumbuhan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Syarikat perniagaan di Malaysia adalah antara yang paling berkeyakinan di peringkat global dengan 92 peratus menjangkakan pertumbuhan dalam dua tahun yang akan datang, mengatasi purata global sebanyak 87 peratus, menurut HSBC Global Trade Pulse Survey.

PM Anwar Umum Jawatan Baharu Tengku Zafrul Pada 3 Disember

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.

Pasaran Asia Catat Jualan Asing Sebanyak US$1.17 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 Nov 2025 dengan aliran keluar berjumlah US$1.17 bilion (US$1 = RM4.13), berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.

Perodua Perkenal EV Pertama, QV-E Dengan Kos Pembangunan RM800 Juta Oleh Pakar Tempatan

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.

ART: Malaysia Tiada Obligasi Penuhi Komitmen Komersial US$240 Bilion atau Pelaburan US$70 Bilion Di AS - Liew

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia tidak mempunyai sebarang obligasi untuk melaksanakan komitmen komersial bernilai anggaran US$240 bilion bagi pembelian barangan atau pelaburan bernilai US$70 bilion di Amerika Syarikat (AS) di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Terus Kuala Lumpur Ke Brisbane

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd menyambung semula penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Lapangan Terbang Brisbane (BNE) dengan penerbangan sulung MH135 berlepas dari Kuala Lumpur pada 29 November.