2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi dan kekal stabil pada paras 4.18 hari ini apabila mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan pergerakan mendatar apabila aktiviti dagangan tidak menentu mengimbangi sokongan daripada prestasi kukuh pasaran serantau.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama lebih kukuh antara kerajaan dan industri penting bagi membantu melindungi negara, perniagaan dan rakyat di seluruh ASEAN ketika kecerdasan buatan (AI) dan teknologi canggih mencorakkan semula ekonomi global dan mengubah landskap ancaman siber.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar AS pada awal dagangan pagi ini selepas ditutup 0.14 peratus lebih tinggi semalam, dengan tumpuan pasaran terarah kepada keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan diumumkan hari ini.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) esok.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini susulan penyusutan pasaran serantau apabila pelabur meneruskan aktiviti pengambilan untung dalam saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih rendah, menjejaki prestasi suram pasaran serantau serta negatif di Wall Street.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika tumpuan pelabur terus terarah kepada penilaian semula kadar faedah di peringkat domestik dan di AS.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan ketidakpastian mengenai langkah dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya memberi kesan kepada dolar AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 akan terus memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dengan menggalakkan penggunaan sistem pembayaran Kod Respons Pantas (QR) dan pindahan tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kekal kukuh pada Selasa, apabila ketidaktentuan dasar monetari AS yang berterusan menjejaskan mata wang itu.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kekurangan pemangkin baharu bagi mata wang tempatan itu menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).