1bulan ago
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 21 Nov (Bernama) -- Halagel (M) Sdn Bhd melancarkan semula pengedaran produknya di Kota Padang melalui kerjasama dengan Aciak Mart, iaitu antara rangkaian runcit terbesar di Sumatera Barat.
1bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Usahawan dan perniagaan di Selangor kini mempunyai asas yang kukuh dalam menggerakkan ekonomi berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), walaupun wujud isu pematuhan yang bukan sahaja berlaku di dalam negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 yang memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika dijangka dikuatkuasakan pada suku pertama 2026, kata Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB).
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
PRETORIA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan pada 6.38 malam waktu tempatan pada Khamis (12.38 pagi Jumaat waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).
1bulan ago
JAKARTA, 20 Nov (Bernama) -- Tune Protect Re (Tune Protect), unit insurans semula Tune Protect Group Bhd, mengembangkan kerjasama dengan Ticket2U, platform penjualan tiket di Asia Tenggara, ke Indonesia dengan pelancaran Ticket Refund Protection dan Sports Personal Accident (PA).
1bulan ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Hubungan ASEAN dan Kesatuan Afrika perlu bergerak maju melangkaui simbolisme dan dibentuk menerusi kerjasama tulen yang berpaksikan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan RM3.6 bilion dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dalam pelancaran sebanyak RM4 bilion untuk tahun kewangan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Sekatarakyat) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai RM2 bilion, sekali gus menandakan kemasukan sulung koperasi itu dalam pasaran modal patuh syariah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berkongsi pengalaman dan suara ASEAN dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan global pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Afrika Selatan, Sabtu ni.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) dan WDA Sports Technology Sdn Bhd hari ini menganjurkan Jemputan Golf Hubungan Diplomatik China-Malaysia ke-51 di Templer Park Country Club.