BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM 2-2 DPMM | Liga Super: Kuching City 4-0 Kelantan TRW | 

Terdapat 2241 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, mengakhiri kenaikan beberapa hari lepas berikutan kadar eksport yang lebih perlahan menjejaskan harga, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, mencerminkan peningkatan dalam pasaran emas COMEX AS. 

Anak Syarikat Scientex Cadang Wujud Program Sukuk Wakalah Sehingga RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Scientex Bhd (Scientex), Scientex Quatari Sdn Bhd bercadang mewujudkan Program Sukuk Wakalah apabila ia akan menerbitkan nota jangka sederhana Islam berbilang mata wang sehingga RM1.5 bilion dalam nilai nominal.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Baharu Terhadap Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tidak meneruskan penyusutan sebelumnya apabila ditutup tinggi hari ini berikutan minat baharu terhadap saham utiliti serta produk dan perkhidmatan industri dalam keadaan prestasi bercampur-campur oleh bursa serantau.

Untung Bersih Suku Ketiga Johor Plantations Naik Kepada RM77.11 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM77.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) daripada RM68.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dayang Enterprise Raih Dua Kontrak Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB), Dayang Enterprise Sdn Bhd meraih dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian dan hook-up luar pesisir Pan Malaysia.

Wiki Impact: 20 Syarikat Teratas Bursa Derma RM381.81 Juta Pada 2023

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat teratas Bursa Malaysia mendermakan RM381.81 juta secara tunai pada 2023, menurut  Laporan Wiki Impact “Bursa Top 20: Who’s The Most Charitable?”.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Produk Minuman Life Water Tidak Terjejas Dengan Cukai Gula

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan cukai gula yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 tidak akan menjejaskan produk minuman berkarbonat yang dikeluarkan oleh Life Water Bhd.

Wan Zaki, Pengasas Ahmad Zaki Resources Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.