9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.
9bulan ago
KUCHING, 12 April (Bernama) -- Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) sedang memohon kelulusan daripada Kerajaan Sarawak bagi memulakan pembangunan fasiliti baharunya, Clinker Line 2, di Mambong, di sini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Malaysia perlu segera memberikan keutamaan kepada kemampanan industri dengan memanfaatkan ekonomi berasaskan bio untuk kekal berdaya saing dan mampan di pasaran global terutamanya dalam sektor minyak sawit, menurut pakar.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran global dijangka menjejaskan sentimen pelabur yang berpotensi mengheret Bursa Malaysia ke arah trend tidak menentu minggu hadapan berikutan ketegangan mengenai tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih belum diselesaikan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) telah memuktamadkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) melalui entitinya di Singapura Bin Zayed (S) Pte Ltd mengambil alih kepentingan ekuiti yang besar sebanyak 28.89 peratus dalam syarikat Malaysia Turiya Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) meraikan ulang tahun ke-30 di Johor dengan melancarkan kempen 30 Tahun Bersama dan memberi tawaran eksklusif kepada pencari hartanah serta peluang memenangi barangan mewah, peralatan rumah dan pakej percutian meliputi sehingga 30 destinasi antarabangsa dengan pembelian hartanah terpilih bermula 1 April.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.