1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan yang berterusan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM145.82 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding keuntungan bersih RM100.45 juta pada suku sama tahun kewangan 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, Nov 15 (Bernama) -- Langkah Amerika Syarikat (AS) menggugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan perbendaharaannya membuktikan dasar ekonomi dan dan pertukaran asing semasa negara ini dilihat sebagai seimbang dan telus, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan calon Republican Donald Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia menghadapi era baharu pelaburan, disokong oleh visi yang jelas untuk mentransformasikan ekonomi dan komitmen menarik pelaburan sejajar dengan pertumbuhan tinggi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2025 Malaysia pada 5.0 peratus, berdasarkan andaian global yang menjurus kepada keadaan “Goldilocks” berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini apabila belian pada saat-saat akhir mendorong indeks petunjuk utama mencapai paras tertinggi harian berikutan jangkaan pasaran bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat esok.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.