Terdapat 258 berita berdasarkan kata kunci carian "opr"

Ringgit Diunjur Terus Bertahan, Cecah 4.41-4.45 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu depan.

Perbelanjaan Domestik, Pelaburan Kukuh Teguhkan Ekonomi Dalam Cabaran Global – HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media.

BMI Jangka BNM Kekalkan OPR Sepanjang 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang mendorong peniaga dan pelabur mengelak aset yang lebih berisiko, kata penganalisis.

Keputusan OPR Dijangka, Pendirian Dasar Semasa Sokong Pertumbuhan Ekonomi - MIDF, RHB IB

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia’s (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat dasar monetari Mac 2025 dijangka secara meluas, menggariskan pendirian dasar kondusif semasa untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

OPR Kekal Pada 3.0 Peratus Pastikan Dasar Kewangan Fleksibel - Penganalisis

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus mencerminkan penyesuaian strategik dasar monetari yang memberikan fleksibiliti kepada bank pusat itu menghadapi perubahan keadaan ekonomi global dan domestik. 

OPR Konsisten Dengan Prospek Ekonomi Malaysia - Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Mac:-

BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

Kerjasama Malaysia-Arm Memacu Pertumbuhan Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Arm Holdings Plc akan membantu Malaysia ke arah ekonomi berimpak tinggi, menyemarakkan ekosistem semikonduktor 'front-end' sambil memupuk pertumbuhan firma semikonduktor tempatan dalam jangka panjang.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus – Ahli Ekonomi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, dalam persekitaran kadar faedah yang stabil, kata ahli ekonomi.

Ringgit Naik 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.