1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, sekali gus mengekalkan prospek positif daripada kedudukan lebih aset kewangan domestik yang lebih baik.
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia akan mengkaji semula program tenaga nuklearnya untuk dijadikan sebagai sumber tenaga yang berpotensi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd kekal yakin bahawa sekatan baharu yang dicadangkan ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI) oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghalang kerjasamanya dengan Bridge Data Centres (BDC) atau pertumbuhan lebih luas bagi sektor infrastruktur digital Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2024 Malaysia dijangka berkembang pada 5.0 peratus, menyederhana daripada 5.3 peratus dalam suku ketiga 2024, demikian menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa dalam persekitaran sentimen pasaran yang berhati-hati dengan jangkaan bahawa kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku secara beransur-ansur dan Indeks Harga Pengeluar (IHP) serta Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 14 (Bernama) – Palo Alto Networks, peneraju global dalam keselamatan siber, telah mengeluarkan Jangkaan Keselamatan Siber APAC untuk 2025, menawarkan tinjauan kritikal mengenai ancaman siber yang akan datang dan strategi bagi menanganinya.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Malaysia berhasrat menjadikan Pakistan sebagai hab pengedaran strategik bagi eksport minyak sawit ke Asia Tengah dengan memanfaatkan lokasi strategik serta berhampiran dengan pasaran pertumbuhan tinggi yang pesat berkembang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 97.2-99.9 peratus perniagaan di rantau ini.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan laporan data penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh bagi Disember 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.