BERITA TERKINI   IMF unjur pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4.7 peratus tahun ini dan 4.3 peratus tahun depan | Inflasi keseluruhan global diunjur meningkat kepada 4.4 peratus tahun ini, dan turun kepada 3.7 peratus pada 2027, merupakan semakan naik bagi kedua-dua tahun itu - IMF | IMF unjur pertumbuhan global pada 3.1 peratus tahun ini berbanding 3.4 pperatus tahun lepas, semakan turun 0.2 mata peratusan daripada unjuran pada Januari | 

Terdapat 2002 berita berdasarkan kata kunci carian " nasional"

Petronas, Mitsubishi Meterai Perjanjian Baharu Penghantaran LNG

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mitsubishi Corporation menandatangani perjanjian baharu untuk memanfaatkan lagi keupayaan Petronas dalam menghantar gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa, terutama sasaran pelanggan di Jepun.

Pengerusi Bernama Dilantik Bagi Dua Jawatan Institut Pengurusan Bertauliah 

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah serantau Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) bagi Malaysia.

Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis. 

Kurang Pemangkin Baharu, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu walaupun pasaran Wall Street meningkat susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata penganalisis.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia Mahu Pastikan Pertumbuhan Kukuh Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia akan memastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila negara ini mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Mampu Jadi Hab Perkhidmatan Serantau Untuk Firma Global - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.

AirAsia Tidak Putus Asa Dapatkan Lesen Untuk Beroperasi Di Singapura

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- AirAsia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi di Singapura, walaupun telah ditolak sebanyak tiga kali, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Eksport Kandungan Permainan Digital Malaysia Papar Potensi Ketara Pada 2024

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 26 Sept (Bernama) -- Eksport kandungan permainan digital Malaysia dijangka menunjukkan potensi besar tahun ini, dengan Jepun muncul sebagai pasaran utama, di tengah-tengah unjuran industri permainan global yang akan mencecah US$187.7 bilion pada 2024. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis. 

Kaunter YTL Pengaruhi Sesi Pagi Bursa Malaysia

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didorong oleh kaunter berkaitan YTL, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.

Covid-19 Jejas Kemajuan Dalam Mengurangi Kemiskinan - KRI

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).