Terdapat 352 berita berdasarkan kata kunci carian " kdnk"

Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi 2025 Malaysia Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.

Unjuran KDNK 2025 Malaysia Mungkin Perlu Diturunkan Susulan Tarif AS - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

BNM, Perbendaharaan Akan Teliti Semula Laporan Terkini KDNK Malaysia Oleh IMF - Anwar

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.

IMF Semak Unjuran KDNK Malaysia Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini. 

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada kenyataan berubah-ubah Presiden AS mengenai kedudukan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).

OCBC Turunkan Unjuran KDNK 2025 Malaysia Kepada 4.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.3 peratus daripada 4.5 peratus berikutan prospek permintaan luar yang lemah.  

Harga Minyak Hadapi Tekanan Dalam Persekitaran Penurunan Keyakinan Pelabur - Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 22  April (Bernama) -- Harga minyak global terus menerima tekanan berikutan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Rystad Energy hari ini.

Sektor Pengguna Kekal Berdaya Tahan Meskipun Unjuran KDNK 2025 Sederhana - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2025, didorong oleh aliran penggunaan berstruktur dan kebolehlihatan pendapatan yang stabil, walaupun tinjauan ekonomi makro yang lebih suram, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah RM3.84 Bln

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).

Penangguhan Tarif Pacu Peningkatan Dagangan, Pembuatan - CIMB Investment

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Aktiviti utama berkaitan pengagihan atau peruntukan seperti kos, dijangka menyokong kegiatan perdagangan dan pembuatan dalam penggal terdekat ini susulan tempoh penangguhan tarif sementara oleh Amerika Syarikat (AS), kata CIMB Investment Bank Bhd.

Pelaburan Domestik, MoU Dengan China Pacu Industri Baharu - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Malaysia perlu terus menumpukan usaha mempelbagaikan asas eksport dan meningkatkan kualiti pelaburan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Susulan Unjuran Pertumbuhan KDNK Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup dagangan hari ini susulan pengumuman unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2025 yang lebih rendah daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.