BERITA TERKINI   Monsun Timur Laut: Hujan lebat berpotensi di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah pada Jan-Feb 2025 - KP MetMalaysia | Fasa awal Monsun Timur Laut dari Nov-Dis 2024, hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah - KP MetMalaysia | Monsun Timur Laut dijangka bermula 5 Nov hingga Mac 2025, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku - KP MetMalaysia | KPT jangan tolak ansur budaya samseng, buli dan gangsterisme dalam pendidikan - PM Anwar | Faktor keselamatan, kestabilan dan keamanan negara penting, main peranan tarik pelaburan asing - PM Anwar | 

Terdapat 761 berita berdasarkan kata kunci carian " as"

Belanjawan 2025 Lonjak Daya Saing Malaysia, Kukuh Peranan Terajui Kewangan Islam - CGS Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Langkah serta insentif diketengahkan kerajaan dalam Belanjawan 2025, jelas mengutamakan daya saing negara, khususnya dalam melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan serta rakan dagang yang kukuh, kata CGS Malaysia.

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Dagangan Berwaspada Minggu Depan Selepas Belanjawan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh dalam jajaran kecil antara 1,655 hingga 1,665 ketika pelabur mencerna Belanjawan Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Mungkin Hadapi Tekanan Menurun Susulan Dolar AS Mengukuh Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, walaupun ia mungkin menghadapi tekanan menurun berikutan prospek optimis semasa terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Kenaikan Nilai Ambang WPL Bantu Syarikat Rancang Pelaburan - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) memberikan ruang kepada syarikat perladangan untuk beroperasi dengan lebih efisien, terutamanya dalam berdepan pasaran minyak sayuran global yang kompetitif.

Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Sebanyak 4.5-5.5 Peratus Adalah Munasabah - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus untuk 2025 adalah munasabah, kata ahli ekonomi kanan ASEAN OCBC Malaysia, Lavanya Venkateswaran.

Industri Perbankan Sifatkan Belanjawan 2025 Langkah Positif Ke Arah Ekonomi Mampan, Inklusif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.

Belanjawan 2025 Beri Suntikan Positif, Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Mata Dunia

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memperkasa Kementerian Luar dalam memperkukuh kepentingan dan meluaskan pengaruh Malaysia ke platform antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.

Belanjawan 2025: Microsoft Komited Bekerjasama Dengan Kerajaan Untuk Pacu Inovasi AI

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab di Malaysia dan membentuk transformasi digital dengan memberi manfaat kepada semua orang pada masa depan.

Kerajaan Cadang Perluas Skop Cukai Perkhidmatan Perkukuh Kedudukan Fiskal

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan skop cukai perkhidmatan diperluas merangkumi perkhidmatan baharu, seperti transaksi perkhidmatan komersial antara perniagaan (B2B), berkuat kuasa 1 Mei, 2025. 

Rakyat Jelata: Penerima Manfaat Sebenar Belanjawan 2025

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi sama sekali tidak menampakkan sebarang projek besar serta yang berprofil tinggi.

Belanjawan 2025 Bakal Tingkat Keterangkuman Melalui Pengurusan Fiskal Berhemah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap aset selamat itu, kata seorang peniaga.