2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM6.05 bilion, mengatasi RM4.3 bilion tahun lepas dengan peningkatan 40.7 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat kepada DRB-Hicom Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 27,000 unit bagi model supermoped terbaharu Z15GT dengan kapasiti 149.5cc.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Semakan cukai eksais mengikut penilaian pasaran terbuka (OMV) yang dijadual dilaksanakan pada Januari 2026 dijangka ditangguhkan untuk kali kelima, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Platform e-dagang penyesuaian tempatan, CUSTA Sdn Bhd, melancarkan pembaharuan perkhidmatannya, menggandakan katalog kepada 4,000 produk dan memperkenalkan gabungan penyesuaian tanpa had dengan paparan harga masa nyata dan tempoh pemprosesan pesanan hingga penerimaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 22 peratus kepada 58,490 unit pada September daripada 74,479 unit pada Ogos, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan getah asli (NR) berikutan musim hujan yang berterusan di negara pengeluar utama, menurut seorang peniaga.
2bulan ago
SIBU, 21 Okt (Bernama) -- Transformasi industri getah Sarawak menerusi kerjasama komuniti dan korporat akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh sektor komoditi di negeri ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Pelabur asing beralih menjadi penjual bersih, mengakhiri aktiviti belian bersih mereka selama dua minggu berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas dengan mencatatkan aliran keluar bersih asing bernilai US$1.71 bilion.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam pesekitaran penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan perdagangan dengan China, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
TASEK GELUGOR, 19 Okt (Bernama) -- Ekspo PERDA (EXPERT) 2025 yang diadakan di Midtown Perda Kubang Menerong di sini sejak Khamis lepas berjaya melepasi sasaran RM2 juta nilai jualan dan kontrak selain menarik kehadiran lebih 75,000 pengunjung.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah, dijejaskan oleh kelemahan serantau, menjejaki petunjuk negatif Wall Street dalam tempoh semalaman dalam keadaan kebimbangan mengenai tarif dan bank-bank Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) – Pengeluar motor elektrik automotif SHB hari ini telah membuka fasiliti pembuatan luar negara pertama di Zon Bebas Senai Airport City (SAC), dengan pelaburan sebanyak RM600 juta.