Terdapat 295 berita berdasarkan kata kunci carian " perbendaharaan"

Malaysia Boleh Raih Penarafan Positif Jika Prestasi Fiskal Kekal Hingga 2025 - Maybank Research

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Maybank Research Pte Ltd mengulangi pendirian bahawa Malaysia mungkin menerima satu langkah penarafan positif daripada S&P, Moody’s atau Fitch menjelang pertengahan 2026 sekiranya momentum prestasi fiskal yang baik dapat dikekalkan sehingga 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) mendapat pengecualian tarif untuk sementara waktu.

Dewan Rakyat Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025

KUALA LUMPUR, Mac 3 (Bernama) -- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit terus lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur ketika Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico pada awal Mac.

Untung Bersih Suku Ketiga Alliance Bank Naik Kepada RM186.67 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan Khamis, sekali gus mengakhiri peningkatan semalam di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Takaful Malaysia Catat Keuntungan Selepas Zakat Sebanyak RM378.1 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatatkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, melonjak sembilan peratus berbanding RM347.1 juta pada 2023.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar Us

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini  selepas laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) merosot daripada jangkaan menjejaskan dolar US, mengukuhkan naratif bahawa pelonggaran dasar monetari di Amerika Syarikat harus diteruskan tahun ini.

RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) --  - Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan selama dua hari walaupun semalaman Wall Street yang lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) --  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutamanya mengenai tarif dan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Untung Bersih Suku Ketiga AmBank Group Susut Kepada RM486.49 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM486.49 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2024, susut daripada RM543.41 juta pada tahun sebelumnya.