3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jepun kekal sebagai satu daripada rakan dagang dan pelabur terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala mencapai US$236.4 bilion (US$1 = RM4.2) pada tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN telah menjadi rakan dagang kedua terbesar Korea Selatan selepas China dengan hubungan perdagangan dan pelaburan yang semakin meningkat, menandakan kepentingan perkumpulan itu kepada negara tersebut dalam tempoh beberapa tahun ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan (ASEAN + 3) mesti berganding bahu bagi mengekalkan serta menstabilkan rangkaian rantaian bekalan masing-masing yang canggih selain sensitif terhadap kerja yang tepat dan teratur.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Perdagangan antara ASEAN dan rakan Plus 3 iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, mencecah US$1.2 trilion pada 2024, menyumbang 31.7 peratus daripada jumlah perdagangan perkumpulan itu.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN kekal komited sepenuhnya untuk terus memperkukuh kerjasama jangka panjang dengan China melalui pelaksanaan berkesan perjanjian utama seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan kerangka kerjasama serantau penting yang lain.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sidang Kemuncak Mesyuarat Pemimpin Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dianjurkan Malaysia buat pertama kali pada Oktober depan dilihat sebagai peluang tepat pada masanya untuk Putrajaya memperkukuh kes bagi perdagangan bebas ketika dasar perlindungan semakin meningkat, kata pakar ekonomi.
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Memperdalam hubungan dagangan strategik dengan ekonomi baharu sambil meneroka kemungkinan kerjasama dengan blok perdagangan baharu antara mesej utama negara-negara anggota ASEAN hari ini sebagai langkah menangani cabaran geopolitik dan perdagangan global yang sentiasa berubah.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan mengadakan dialog rasmi pada 20 Nov 2025 bagi meneroka bidang kerjasama berpotensi.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa pelaporan kemampanan yang lebih mudah agar ia senang diakses dan tidak membebankan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN akan terus membina jambatan dan bukannya tembok dengan rakan dagang utama dengan cara kekal komited kepada sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Negara Anggota ASEAN (AMS) berharap untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) bagi memastikan dasar kekal relevan, memudahkan dan sejajar dengan realiti perniagaan bagi kemajuan rantau ini.