Terdapat 385 berita berdasarkan kata kunci carian " pulau pinang"

Untung Bersih Kerjaya Prospek Meningkat Kepada RM46.07 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.

Tujuh Negeri Catat Pertumbuhan Dagangan Positif, Sumbang RM219.4 Bilion Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah dagangan bagi tujuh negeri mencatat pertumbuhan positif iaitu mencecah RM219.4 bilion pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sentimen Perniagaan Malaysia Kekal Optimis Pada Suku Kedua, Dicerminkan Petunjuk Keyakinan Positif 2.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sentimen perniagaan Malaysia kekal optimistik pada suku kedua 2025, dicerminkan oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 2.0 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pergerakan Penumpang Naik 13.9 Peratus Pada April - Malaysia Airports

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports merekodkan peningkatan 13.9 peratus bulan ke bulan pergerakan penumpang merentasi semua rangkaiannya di Malaysia dan Turkiye pada April 2025.

Kehadiran Bank Utama Malaysia Di Laos Cermin Keyakinan Kukuh Pelabur - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kehadiran empat bank utama Malaysia di Laos mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar menarik negara itu, terutamanya cara Bank Pusatnya mengurus institusi kewangan.

Sambung ECRL Ke Sungai Golok, Lengkapkan Hubungan Keretapi Bahagian Timur ASEAN - Pakar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Menyambung Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Sungai Golok akan melengkapkan ketiadaan koridor timur Laluan Rel Singapura–Kunming (SKRL), membuka potensi strategik Malaysia dalam logistik rentas sempadan, kata seorang pakar.

Finland Berhasrat Memperdalam Hubungan Perdagangan Dengan Malaysia

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, May 21 (Bernama) -- Finland berhasrat untuk memperdalam hubungan ekonomi dengan Malaysia, memfokuskan kepada ekonomi kitaran, penyelesaian tenaga mampan dan pintar, pendigitalan dan semikonduktor bagi merancakkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

Pulau Pinang Aktif Jalankan Misi Pelaburan, Perdagangan Bagi Kurangkan Impak Tarif AS

GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang menerusi agensi pelaburan negeri, Invest Penang aktif menjalankan misi pelaburan dan perdagangan ke negara-negara asing bagi mengurangkan impak kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negeri.

Trensor Labur RM100 Juta Untuk Bina Kemudahan Pembuatan Pertamanya Di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 17 Mei (Bernama) -- Trensor Co Ltd, pengeluar sensor tekanan terkemuka China, melabur sebanyak RM100 juta untuk membina kemudahan pembuatan pertamanya di Taman Teknologi Pulau Pinang di Bertam, di sini.

HORIBA Group Sasar Buka Kemudahan Pengeluaran Pertama Di Kedah Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pengeluar dari Jepun, HORIBA Group menyasarkan untuk membuka kemudahan pembuatan kawalan aliran jisim (MFC) di Kedah, sekali gus menjadikannya pangkalan pengeluaran produk ituyang pertama di Malaysia.

Akta Pembaharuan Semula Bandar Buka Kelebihan Ketara -- PropertyGuru Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh. 

Signature Alliance Sasar Kumpul RM161.2 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Firma pemasangan dalaman Signature Alliance Group Bhd (SAG) mahu mengumpulkan sebanyak RM161.2 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia BHD pada 5 Jun depan.