1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu di pasaran global, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.13-4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan cenderung meningkat pada minggu depan selepas mengalami turun naik minggu ini ketika pasaran menurunkan sentimen kemungkinan negara maju itu mengurangkan kadar faedahnya dalam mesyuarat Disember ini.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi 2025 dijangka melebihi pengeluaran tahun lepas, dengan unjuran menunjukkan jumlah pengeluaran boleh melebihi 19.5 juta tan, meningkat daripada 19.3 juta tan yang direkodkan pada 2024.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat apabila terus mengalami penurunan, menjejaki penjualan di peringkat rantau susulan prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penurunan ketika awal dagangan pada Jumaat, menjejaki pergerakan hambar Wall Street apabila kebimbangan sektor kecerdasan buatan (AI) menjejaskan sentimen.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data pasaran buruh AS yang lebih kukuh terus menyokong mata wang tersebut.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) telah berkurangan, menunjukkan pasaran masih tidak yakin dengan satu lagi penurunan kadar dalam mesyuarat pada Disember.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.