1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kumpulan AmBank meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM498.6 juta kepada Projek Tetap Teguh Sdn Bhd (ProTT) bagi pembangunan sistem penyimpanan dan pengambilan automatik (ASRS) gudang di Valdor, Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat, walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan konsortium perniagaan dan melaksanakan program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) bagi memastikan golongan itu kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Linco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untuk Lincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia, bekerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi pembangunan bersama penyelesaian 5G, dengan fokus pada inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin and Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bersandarkan kepada prestasi kukuh pada 2024, ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalkan pertumbuhan positifnya pada 2025, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur mencecah sehingga 6.0 peratus, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.