BERITA TERKINI   Sebahagian syarikat dorman tidak dapat dibubar kerana obligasi kewangan seperti hutang perlu dilunaskan - Liew Chin Tong | Rugi bersih Supermax Corporation naik kepada RM58.44 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 | Ringgit ditutup rendah, turun kepada 3.8915/8980 berbanding dolar AS daripada 3.8885/8925 ketika ditutup semalam | Untung bersih Petronas Gas bagi tahun kewangan 2025 turun kepada RM1.72 bilion daripada RM1.83 bilion pada tahun kewangan 2024 | Perolehan MISC Bhd susut kepada RM11.15 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM13.24 bilion tahun sebelumnya susulan pendapatan rendah segmen marin, kejuruteraan berat  | 

Terdapat 353 berita berdasarkan kata kunci carian " dilancarkan"

EXIM Bank, Marrybrown Meterai MoU Bagi Memacu Pengembangan Rangkaian Ke Australia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia.

Program AZAM Salur Pembiayaan RM450,000 Kepada 103 Usahawan Mikro Asnaf Sejak Dis 2023

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) - Program Pembiayaan Mikro Zakat Alliance Islamic Bank (AZAM) yang dilancarkan sejak Disember 2023 dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengagihkan pembiayaan berjumlah RM450,000 kepada 103 usahawan mikro asnaf. 

Kerjasama Digital Penang-FinHero Peluas Akses Pembiayaan Bagi PMKS

GEORGE TOWN, 7 Mei (Bernama) -- Digital Penang Sdn Bhd dan unit penyedia penyelesaian teknologi kewangan Sisters Inspire Sdn Bhd, FinHero, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Pulau Pinang.

Pendigitalan Bantu Perniagaan, Usahawan Tempatan Berkembang Dengan Lebih Berkesan - MDEC

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pendigitalan meningkatkan pembangunan perniagaan tradisional dan meluaskan jangkauan global untuk usahawan tempatan, menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 

PKS Malaysia Masih Ketinggalan Dalam Pendigitalan Perniagaan - Gobind

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih ketinggalan berbanding syarikat besar dalam perjalanan pendigitalan mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Malaysia Tidak Akan Terlalu Tumpu Pada Unjuran Pertumbuhan Tetapi Fokus Kepada Bina Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Berdasarkan unjuran pertumbuhan Malaysia diturunkan yang mencerminkan trend global, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menekankan kepentingan untuk tidak terlalu tumpu pada angka pertumbuhan.

AEC 2026-2030 Papar Perincian Pelan Strategik Kukuhkan Integrasi Ekonomi Serantau

GEORGE TOWN, 23 April (Bernama) -- Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 yang bakal dilancarkan bersama dengan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 pada Mei depan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, akan memaparkan pelan strategik terperinci bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau.

Peralihan Ketara Malaysia: Mengharungi Cabaran Penting Subsidi Bersasar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.

ASEAN Perlu Perkukuh Perikatan Perdagangan Melalui Inovasi, Diplomasi

CYBERJAYA, 22 April (Bernama) -- Kemunculan perkongsian perdagangan baharu dalam kalangan blok ekonomi adalah penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengekalkan perdagangan antarabangsa yang teratur terutamanya ketika berdepan dengan cabaran global, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Unit Sunsuria Meterai DRA Dengan Kwasa Land Bagi Projek Kediaman Di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Sunsuria Bhd (Sunsuria), Sunsuria Damansara Sdn Bhd (SDSB) memeterai Perjanjian Hak Pembangunan (DRA) dengan  Kwasa Development (13) Sdn Bhd (KD13) bagi projek kediaman di Sungai Buloh, Selangor.

160 Koperasi Terima Insentif JEJAK SKM

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 160 koperasi yang bergiat dalam sektor pelancongan menerima insentif di bawah program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) yang dilancarkan Mei tahun lepas.

EXIM Bank Perkukuh Perdagangan Global Malaysia Menerusi Pembiayaan RM87.80 Juta Untuk Pertama Ferroalloys

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah mengukuhkan perdagangan global Malaysia dengan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan pembekal berjumlah US$20 juta (RM87.80 juta) dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd untuk menyokong pengembangan kapasiti pengeluaran syarikat di Bintulu, Sarawak.