BERITA TERKINI   Visi ASEAN 2045 merangka matlamat rantau yang berdaya tahan, berdaya cipta dan berpaksikan rakyat - PM Anwar | Kemasukan Timor-Leste akan melengkapkan perwakilan ASEAN di seluruh Asia Tenggara - PM Anwar | Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, berhasrat pastikan blok bersuara dengan satu nada, selaras dengan berkesan, lindungi kepentingan bersama - PM Anwar | Malaysia desak hentikan kekejaman di Palestin, utamakan nilai kemanusiaan - Anwar | Malaysia tetap tegas perangi Islamofobia menerusi dakwah dan nilai Islam - PM Anwar  | 

Terdapat 871 berita berdasarkan kata kunci carian " domestik"

Tekanan Jualan Pada Saat Akhir Heret Bursa Malaysia Ditutup Rendah 

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut 0.16 peratus, menamatkan peningkatan terdahulu apabila tekanan jualan yang sederhana berlaku pada jam terakhir dagangan.

Telco Malaysia Perlu Ubah Strategi Beikutan Ketepuan Pasaran - Laporan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia (telco) dinasihatkan untuk beralih melangkaui taktik tradisional dengan reka bentuk yang menarik serta startegi yang mengutamakan pendigitalan agar sesuai dengan pengguna hari ini bagi memenangi pasaran domestik yang matang dan sentiasa berkembang, menurut satu kajian.

CIIM Sambut Ulang Tahun Ke-20, Sasar Pertumbuhan Sektor Digital Dan Hijau

Oleh V.Sankara

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM) menyambut ulang tahun ke-20 dengan memperbaharui komitmennya untuk memperkukuh hubungan industri antara India dan Malaysia yang membabitkan penekanan kepada teknologi digital, tenaga bersih, pembuatan pintar dan bioteknologi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila data ekonomi negara maju itu terus menunjukkan kelembapan berikutan kebimbangan terhadap tarif dan dasar fiskal, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lebih Rendah, Risiko Inflasi Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan dolar AS yang lebih rendah berikutan data ekonomi negara itu yang tidak memberangsangkan mendorong pelabur kembali cenderung mengambil risiko.

Malaysia Perlu Bersedia Dengan Potensi Tarif Baharu AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid and Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan potensi tarif Amerika Syarikat (AS) seterusnya, yang mungkin mensasarkan sektor serta produk strategik utama seperti semikonduktor, produk teknologi dan farmaseutikal selain tidak tertumpu semata-mata untuk merundingkan pengurangan tarif timbal balik dengan AS seperti sekarang ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Eksport Kukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pembelian Saham Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan pada jam terakhir dagangan untuk ditutup lebih tinggi sedikit dipacu oleh aktiviti pembelian saham harga rendah dalam saham tenaga dan telekomunikasi pada sesi lewat dagangan, kata seorang penganalisis.

KWSP Catat Jumlah Pelaburan RM18.31 Bilion Bagi Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.

Petronas Pertingkat Projek LNG, Jamin Bekalan Jangka Panjang Untuk China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 2 Jun (Bernama) --Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi gas asli cecair (LNG) jangka panjang yang boleh dipercayai kepada China dengan mengembangkan pembangunan gas domestik dan portfolio pengeluaran globalnya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mampan untuk salah satu pengimport LNG terbesar di dunia.

Kebimbangan Terhadap Tinjauan Fiskal AS Jejaskan Dolar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Dolar AS terus mengalami tekanan berikutan kebimbangan terhadap tinjauan fiskal Amerika Syarikat (AS), termasuk hutang tinggi dan peningkatan defisit serta perbelanjaan kerajaan, selain ketegangan perdagangan dan peralihan trend pelaburan global.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Berpotensi Naik Kepada 4.6 Peratus Jika Tarif AS Dibatalkan - MIDF 

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berpotensi meningkat kepada 4.6 peratus berbanding 4.0 peratus pada unjuran awal, sekiranya tarif perdagangan menyeluruh Amerika Syarikat (AS) dimansuhkan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.