Terdapat 1250 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan"

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Buka Peluang Pelaburan Nadir Bumi Di Perak - Saarani

GOPENG, 27 Okt (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi membuka laluan kepada kemasukan pelaburan baharu ke Perak, khususnya dalam sektor Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).

FBM KLCI Dijangka Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, disokong oleh minat belian yang berterusan melepasi paras psikologi 1,600.

Margin EBIT Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia Dijangka Tidak Akan Pulih Sebelum 2028

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- CGS International menjangkakan margin pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pengeluar sarung tangan Malaysia akan kekal lemah pada kadar US$0.50 bagi setiap 1,000 helai pada 2024 dan pemulihan ke paras sebelum COVID-19 sebanyak US$3 bagi setiap 1,000 helai dijangka tidak berlaku sebelum 2028.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, bagaimanapun lebih tinggi sedikit pada awal dagangan, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor utiliti.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minit awal dagangan Rabu dengan meningkat sedikit namun susut kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif apabila pelabur melihat tiada perkembangan ketara dalam meredakan perang dagangan serta kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berlanjutan.

MIDA Raih Potensi Pelaburan Hijau Bernilai RM7.3 Bilion Di IGEM 2025

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meraih potensi pelaburan hijau bernilai RM7.3 bilion semasa Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025.

BUDI95: 300 Liter Cukup Bagi Kegunaan Biasa , Kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

IGEM 2025 Dan KLSS Perkukuh Kedudukan Malaysia Untuk Terajui Agenda Hijau ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh aspirasi dalam iklim kolektif ASEAN dengan meletakkan kelestarian dan tindakan iklim sebagai teras agenda serantaunya sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.

PMB Investment Umum Agihan 1.56 Sen Seunit Bagi PMB Dana Bestari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd (PMB Investment), iaitu syarikat pengurusan dana Islam di bawah Pelaburan MARA Bhd telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.56 sen seunit, dengan agihan keseluruhan berjumlah RM3,210,618.35 bagi PMB Dana Bestari (Dana Bestari) untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh kenaikan pasaran serantau dan sentimen berhati-hati selepas Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman, dengan Nasdaq dan S&P 500 meningkat manakala Dow mencatatkan penurunan.

Kemunculan Sulung MR. D.I.Y. Thailand Dalam Bursa, Sasar Kumpul 5.6 Bilion Baht

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- MR. D.I.Y. Holding (Thailand) menyasar untuk mengumpulkan sehingga 5.6 bilion baht (US$173 juta) melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Bursa Saham Thailand pada 5 Nov tahun ini.