Terdapat 453 berita berdasarkan kata kunci carian " peneraju"

Inovasi Kelulut Unison Angkat Malaysia Ke Pentas Utama Ekspo Osaka 2025

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Unison Technology & Manufacturing (M) PLT memperkenalkan sistem sarang modular dan inisiatif latihan untuk memperkukuh industri penternakan lebah kelulut serta meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar di Malaysia, selaras dengan penyertaan negara dalam Ekspo 2025 Osaka.

Penggunaan AI Oleh Perusahaan Di Asia Pasifik Semakin Meluas - CEO Snowflake

Daripada Nor Baizura Basri

SAN FRANCISCO, 3 Jun (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh perusahaan di Asia Pasifik termasuk ASEAN kini semakin meluas dan mula mendapat sambutan.

Malaysia Raih Potensi Pelaburan Bernilai RM8 Bilion Di Ekspo 2025 Osaka - TPM Fadillah 

OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan melebihi RM8 bilion dan memeterai 20 memorandum persefahaman (MoU) melalui penyertaan dalam Ekspo 2025 Osaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bioeconomy Corp Pacu Pertumbuhan Hijau Melalui Kerjasama Rentas Sempadan Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) sedang membangunkan ekosistem bersepadu yang merapatkan jurang antara inovasi dan kemampanan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan hijau.

BAADER Buka Kilang Baharu Di Shah Alam, Perkukuh Kehadiran Serantau Dan Inovasi

SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- BAADER, peneraju global dalam bidang pemprosesan dan teknologi makanan, secara rasmi membuka kilang pengeluaran terbaharunya, BAADER Food Systems Asia Sdn Bhd, di sini hari ini.

Perancangan Pelaburan Digital Malaysia Cecah RM59.1 Bilion Setakat April -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai perancangan pelaburan digital mencecah RM59.1 bilion setakat April 2025, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Microsoft Lancar Rantau Awan Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft telah mengumumkan ketersediaan umum Rantau Awan Barat (West Cloud) Malaysia yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada pelaburan US$2.2 bilion di negara ini.

Microsoft Lancar BINA AI Malaysia, Percepat Inovasi Teknologi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft hari ini mengumumkan pelancaran BINA AI Malaysia, satu inisiatif bertujuan menyokong fasa seterusnya dalam usaha mempercepat transformasi kecerdasan buatan (AI) negara ini.

ASEAN, GCC, China Lahir Hasrat Bekerjasama Dengan Malaysia Dalam Industri Halal

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China berhasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam industri halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.

UDA Tawar 422 Unit Hartanah, Terus Perkukuh Pasaran Wilayah Selatan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, terus memperkukuh kehadirannya di Johor dengan menawarkan 422 unit hartanah yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat bagi memperkasa pemilikan hartanah di kawasan bandar.

Rest N Go Sasar Pasaran Indonesia Bagi Fasa Pengembangan Seterusnya Di ASEAN

Oleh Nurhafizah Tan

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Syarikat kerusi urut layan diri Malaysia, Rest N Go merancang untuk memperluas operasinya ke Indonesia, merupakan fasa strategi pertumbuhan seterusnya di rantau Asia Tenggara.