2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memperkukuh kehadiran Malaysia di pasaran China melalui penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @Shanghai dari 5 hingga 10 Nov 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Projek LNG Canada merupakan penghubung penting dalam memperkukuh kerjasama tenaga antara Malaysia dan Kanada, dengan kedua-dua negara digesa untuk meneroka bidang kerjasama baharu di luar sektor gas asli cecair (LNG).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas kenaikan lima hari berturut-turut apabila para peniaga menyimpan keuntungan berikutan ketidakpastian berhubung penurunan kadar faedah seterusnya Rizab Persekutuan AS (Fed).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- China dan Amerika Syarikat (AS) perlu menjadi rakan kerjasama serta sahabat dan perbalahan dua kuasa ekonomi itu dari semasa ke semasa adalah sesuatu yang lazim, kata Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Donald Trump di Pangkalan Udara Gimhae di Busan, Korea Selatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menerbitkan dokumen dasar mengenai penggunaan ta’awun (bantuan bersama) yang lebih meluas dalam takaful menjelang akhir tahun ini.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Menteri luar dan perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan membincangkan mengenai isu geopolitik dan perdagangan serta hala tujunya hari ini menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 pada Jumaat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek Battersea di London, United Kingdom, yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Sime Darby Property Bhd dan SP Setia Bhd, kekal menjadi pelaburan strategik utama kepada para pemegang sahamnya, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap potensi rangsangan ekonomi dari China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.