BERITA TERKINI   ACLE : JDT 1-0 VISSEL KOBE | Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Mufti Singapura | 

Terdapat 209 berita berdasarkan kata kunci carian " technology"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Disokong Oleh Langkah Rangsangan China

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Fasa Konsolidasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan dalam julat kecil dan mengakhiri dagangan dengan lebih rendah pada Isnin susulan fasa konsolidasi selepas mencatat aliran peningkatan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini, disokong oleh jangkaan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.