8bulan ago
SIPITANG, 28 Dis (Bernama) -- Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) hari ini secara rasmi mewujudkan sebuah syarikat operasi (OpCo) dengan nisbah kepentingan 50:50 bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd dan Terengganu Inc Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi membangunkan kemudahan solar terapung hibrid (HHFS) berkapasiti 500 megawatt (MW) di Tasik Kenyir, Terengganu.
8bulan ago
SEPANG, 5 Dis (Bernama) -- China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, menyokong satu sama lain dengan baik, menentang dasar perlindungan serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
8bulan ago
KOTA KINABALU, 4 Dis (Bernama) -- Sesi Pemukiman Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi (SEOM) ASEAN 2025 selama dua hari yang berakhir esok, menjadi pertemuan awal penting dalam mengemas kini isu-isu berbangkit daripada kepengerusian ASEAN sebelumnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) komprehensif pertama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
9bulan ago
SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menganjurkan Sidang Kemuncak Ejen dan Pemimpin Takaful 2024 (TLAS 2024), mengukuhkan peranan penting Takaful dalam sektor kewangan Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Taikun bertaraf bilionair T. Ananda Krishnan, yang meninggal dunia semalam pada usia 86 tahun, jarang memberikan temu bual eksklusif kepada media, menjadikan beliau dikenali sebagai seorang yang menjauhi perhatian media dalam kalangan individu terkaya di Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan ASEAN yang beliau percaya pada masa ini tidak mencukupi dalam Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) -- Malaysia mengukuhkan hubungan dengan pasaran antarabangsa untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan semikonduktor global terutamanya apabila lebih banyak dasar perlindungan dijangka diambil selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) telah komited untuk melabur US$2 bilion (US$1=RM4.466) di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.