2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meskipun Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan sentimen pasaran tempatan disokong kemungkinan berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengembangan pusat data Asia akan meningkatkan permintaan terhadap kuasa dengan ketara sehingga 2028, dengan Malaysia, Indonesia dan India dikenal pasti sebagai pasaran pertumbuhan utama di rantau ini, kata BMI, iaitu unit Fitch Solutions.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Kapten Nasaruddin A. Bakar sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut berkuat kuasa 1 Februari 2026, jawatan baharu menggantikan jawatan pengarah urusan kumpulan sebelum ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Rabu yang juga peningkatan bagi hari ketiga berturut-turut, didorong oleh momentum pengukuhan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dijangka menarik tumpuan peniaga terhadap sektor domestik seperti kaunter pengguna.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikannya untuk hari kedua berturut-turut, didorong oleh pengukuhan ringgit, optimisme baharu dalam beberapa sektor terpilih dan jangkaan yang semakin meningkat penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan diselesaikan tidak lama lagi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya Prospek) memperoleh dua kontrak pembinaan berjumlah RM197.71 juta melalui dua anak syarikat milik penuhnya.
2bulan ago
RAWANG, 11 Nov (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipacu minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan itu ketika unit negara maju berkenaan sebaliknya terus lemah.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.