1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun hadapan akan membuka peluang yang sangat baik kepada negara untuk mengembang serta mengukuhkan hubungan perdagangan, bukan sahaja dengan anggota ASEAN tetapi dengan negara-negara ASEAN Plus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh V. Sankara
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persekutuan Jerman (BVMW) berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dengan Malaysia, sejajar kepentingan negara ini sebagai rakan dagang utama Jerman di ASEAN.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bekerjasama dengan Kumpulan MyCreative Ventures untuk melancarkan pertandingan reka corak batik bagi mengetengahkan warisan batik Malaysia di persada dunia.
1bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
LANGKAWI, 14 Sept (Bernama) -- Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya, untuk memudahkan pelanggan terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.