Terdapat 3147 berita berdasarkan kata kunci carian " tempatan"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Perang Perdagangan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan kebimbangan terhadap perang perdagangan semakin meningkat yang memberi kesan kepada sentimen.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Ekoran Pengumuman Tarif AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

AEON Bank Raih Dua Anugerah Islamic Finance News

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bank digital Islamik pertama di Malaysia, AEON Bank dinobatkan sebagai pemenang untuk dua anugerah berprestij di Islamic Finance News (IFN) Awards, baru-baru ini.

Syarikat Sabah Jalin Kerjasama Dengan Schlumberger Bagi Penyertaan Lebih Luas

LABUAN, 28 Feb (Bernama) --  Nawie Oilfield Services Sdn Bhd (NOS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd (SLB) untuk meningkatkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas di Sabah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) --  Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati dan kekurangan pemangkin tempatan.

Black Group Labur RM331.45 Juta Untuk Bangunkan Fasiliti Perubatan Dan Hospitaliti Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpangkalan di Singapura melabur SGD$100 juta dolar Singapura (RM331.45 juta) untuk membangunkan kemudahan perubatan dan hospitaliti tercanggih di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur, operasinya disasarkan bermula pada September depan.

Coffee Star Bentuk Perkongsian Strategik Untuk Pengembangan Ke Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Coffee Star, pembekal kiosk kopi automatik, melalui syarikat induknya, Fario Holdings Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Puro Coffee dari Belgium dan Alkeyf dari Arab Saudi, bagi menubuhkan perkongsian serta memenuhi permintaan yang semakin berkembang di negara-negara Timur Tengah.

Kerugian Bersih Berjaya Corp Mengecil Kepada RM88.68 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.

Press Metal, Bintulu Development Authority Meterai MoU Untuk Projek Pembuatan Bingkai Solar

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Press Metal Aluminium Holdings Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bintulu Development Authority untuk cadangan usaha sama berkaitan dengan kemudahan pembuatan bingkai solar yang akan ditempatkan di Bintulu, Sarawak.

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit terus lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur ketika Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico pada awal Mac.

Tengku Zafrul Lawat Pusat Media Antarabangsa Menjelang Permukiman AEM Ke-31

KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melakukan lawatan ke Pusat Media Antarabangsa (IMC) untuk sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru di sini, yang dijadual berlangsung esok.