1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, mencerminkan peningkatan dalam pasaran emas COMEX AS.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tidak meneruskan penyusutan sebelumnya apabila ditutup tinggi hari ini berikutan minat baharu terhadap saham utiliti serta produk dan perkhidmatan industri dalam keadaan prestasi bercampur-campur oleh bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM77.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) daripada RM68.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat teratas Bursa Malaysia mendermakan RM381.81 juta secara tunai pada 2023, menurut Laporan Wiki Impact “Bursa Top 20: Who’s The Most Charitable?”.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Syarikat Jerman di Malaysia yakin dengan prospek perniagaan masing-masing untuk 2025 yang mencerminkan sentimen positif mengenai situasi semasa dan prospek masa hadapan, menurut tinjauan AHK World Business Outlook Fall 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaburan berterusan dalam projek pembangunan infrastruktur membolehkan Malaysia mengukuhkan kendudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau serta meningkatkan daya saing di peringkat global, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turut dengan ditutup rendah hari ini berikutan kadar eksport yang lemah menjejaskan harga, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM8.63 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 (tahun kewangan 2025) daripada RM27.70 juta pada suku yang sama tahun lepas.