2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kalangan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertindak melakukan pemodenan peraturan perdagangan global untuk memanfaatkan pendigitalan serta kecerdasan buatan (AI) bagi pertumbuhan yang terangkum.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd sedang memperkukuh kehadirannya di wilayah utara dengan membuka cawangan baharu di Pulau Pinang hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia and Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) memperkenalkan PRUSupreme Legacy, pelan insurans yang membantu keluarga dengan perancangan legasi rentas sempadan dan memaksimumkan nilai warisan mereka.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek Battersea di London, United Kingdom, yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Sime Darby Property Bhd dan SP Setia Bhd, kekal menjadi pelaburan strategik utama kepada para pemegang sahamnya, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) -- OTS Holdings Ltd, pembina jenama dan kumpulan pengeluar makanan mengembangkan kapasiti pengeluaran halal mereka dengan membuka kemudahan pembuatan makanan termaju yang baharu bernilai RM40 juta di Simpang Renggam, Johor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk meneruskan perbincangan dengan lebih rapat mengenai isu makroekonomi dan pertukaran mata wang asing (Forex).
2bulan ago
OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 28 Okt (Bernama) -- Johor dan Singapura telah membuktikan bahawa kejayaan ekonomi bukan persaingan, sebaliknya perkongsian strategik yang memberi impak kepada seluruh wilayah, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.